Home » » Berita : Penduduk Islam AS berbuka bersama Obama

Berita : Penduduk Islam AS berbuka bersama Obama


presiden Obama berucap semasa mengadakan majlis berbuka puasa di White House kelmarin.

WASHINGTON - Presiden Barack Obama memuji umat Islam Amerika Syarikat (ASA) kerana sumbangan mereka membantu AS sebagai usahawan perniagaan, pereka teknologi dan perintis perubatan.

Obama berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa White House di sini bagi meraikan bulan suci Islam tersebut.

Menurut beliau, Ramadan merupakan masa untuk keinsafan dan peluang membuktikan ketaatan kepada Tuhan melalui amalan solat dan puasa.

Bulan ini kata Obama, juga adalah masa untuk keluarga dan sahabat handai berkumpul.

Jelasnya, sudah menjadi tradisi White House untuk meraikan hari suci pelbagai agama sekali gus mengesahkan toleransi dan kebebasan beragama di AS.

Obama memberitahu, warga AS dan penduduk di Asia Barat juga memiliki matlamat sama ke arah peluang ekonomi dan keusahawanan.

"Kita bekerja lebih keras, kita bercita-cita lebih tinggi dan kita terus berusaha membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak kita dan generasi akan datang," kata Obama.

Presiden AS itu disertai barisan pegawai pentadbiran, pemimpin agama dan kor diplomat semasa mengadakan majlis berbuka puasa kali kelima di Bilik Makan Malam Negara di sini. - AP

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog Anda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger