Home » » Berita : Cedera dibelasah bapa gadis

Berita : Cedera dibelasah bapa gadis


BUKIT BERUANG -  Padah melakukan persetubuhan haram dengan seorang gadis bawah umur, seorang pemotong rumput cedera dibelasah bapa gadis berkenaan, dalam kejadian di sebuah rumah di Bukit Katil, di sini.

Menurut sumber, bapa remaja berusia 13 tahun itu bertindak demikian apabila menemui anaknya di Peringgit, kelmarin selepas anaknya itu tidak pulang ke rumah di Merlimau, Jasin sejak 11 Julai lalu.

“Hasil soal siasat, anaknya mengaku melakukan persetubuhan dengan seorang lelaki berusia 36 tahun yang sudah berumahtangga itu di sebuah rumah di Bukit Katil.

“Mangsa kemudian membawa bapanya bersama orang kampung ke rumah suspek kira-kira 12 tengah malam untuk mendapatkan penjelasan sebelum tercetus pergaduhan melibatkan kedua-dua belah pihak,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa dan keluarganya kemudian membuat dua laporan di Balai Polis Ayer Keroh, kira-kira 5.30 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan mengesahkan kejadian dan menerima laporan berkenaan.

“Suspek ditahan selepas mendapat perintah reman tujuh hari mulai hari ini (semalam) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog Anda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger