Latest Post

Berita : Penggodam komputer terkenal meninggal dunia


BOSTON - Seorang penggodam komputer terkenal yang berjaya membuatkan mesin pengeluaran wang ATM mengeluarkan wang tunai, Barnaby Jack ditemui mati di sebuah pangsapuri di San Francisco seminggu sebelum dia dijadual menyampaikan ceramah pada satu persidangan penggodaman komputer.

Pejabat Pemeriksaan Perubatan San Francisco menyatakan pihaknya sedang menjalankan autopsi untuk mengenal pasti punca kematian Jack.

Jack, 35, yang dilahirkan di New Zealand merupakan penggodam 'white hat' paling popular. Penggodam 'white hat' ialah mereka yang menggunakan kepakaran untuk mencari kelemahan sistem keselamatan komputer sebelum penjenayah mengekspoitasinya.

Kepakaran Jack adalah mencari kelemahan sistem komputer yang dipasang pada peralatan perubatan dan mesin pengeluaran wang tunai.

Jack dijadual membuat demonstrasi menggodam alat perentak dan defibrilator jantung pada persidangan penggodam Black Hat di Last Vegas Khamis depan.

Dia menjadi penggodam paling popular di dunia selepas melakukan demonstrasi Jackpotting pada tahun 2010 yang membuatkan mesin wang ATM mengeluarkan wang tunai. Klip video persembahannya telah ditonton sebanyak 2.6 juta kali di laman YouTube. - Reuters

Berita Luar : Gambar Polis Sweden Nafikan Radio Car Mereka Terbabit Dengan Lumba Haram Di Higway


Swedish police denies playing 'Fast and Furious'

Swedish police denied Monday that one of its cars had taken part in an illegal street race in a Stockholm suburb, as suggested by a mass-circulation daily providing what it said was video evidence.

In a short clip posted online by the Expressen newspaper, dated July 6 according to the man who recorded it, a police car is seen slowly approaching a grey car on a two-lane highway.

Spectators are crowding in the location known for its street races, as the two vehicles begin what appears to be a race.

The police car seems to be ahead but, according to a witness quoted by the paper, was driving slowly.

"A police car took part in an illegal street race," stated Expressen, quoting the driver of the grey car.

A police officer with the same unit as the driver of the car in the footage told AFP there was no way Stockholm police would be involved in a street race.

Rather, the police officers in the car had been on the scene to order the participants to stop, said the officer, Christian Agdur.

"They left because they were called to another case," he added.

Another police official, Gert Rosvall, indicated to Swedish news agency TT that an internal investigation would examine the case further.

Berita : Lupa tutup mesin ATM lepas selenggara


Keadaan mesin ATM yang terbuka yang terlupa ditutup oleh petugas syarikat keselamatan di bank berkenaan. - Foto Sinar Harian

GEORGETOWN - Petugas sebuah syarikat keselamatan terlupa mengunci semula penutup sebuah mesin deposit tunai (ATM) menggemparkan orang ramai yang ingin mengeluarkan wang di situ, malam semalam.

Difahamkan, petugas itu dalam keadaan tergesa-gesa meninggalkan bank berkenaan yang terletak di Jalan Datuk Keramat kerana mahu ke cawangan lain untuk memproses penyelenggaraan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata, siasatan polis di lokasi mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan ia berpunca dari kesilapan petugas syarikat keselamatan terbabit.

Beliau berkata, kejadian disedari anggota polis yang kebetulan membuat pemeriksaan dan rondaan di kawasan bank ternampak penutup mesin terbabit dalam keadaan terbuka kira-kira jam 10.30 malam.

"Anggota berkenaan membuat laporan awal kerana bimbang ia angkara penjenayah.

"Sepasukan polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan terpaksa meminta bantuan pengurus bank untuk melihat rakaman CCTV yang dipasang di premis itu," katanya kepada media di lokasi, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menambah: "ia bergantung kepada pemeriksaan lanjut yang akan dibuat untuk melihat baki wang dalam mesin berkenaan.

"Jika didapati ada kehilangan wang, kes itu akan disiasat sebagai satu perbuatan jenayah.

Nasir menambah, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia membabitkan mesin yang mempunyai wang dan membuka ruang kepada penjenayah untuk memecahkannya sekaligus mengambil wang di dalamnya.

Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan daripada dua petugas syarikat keselamatan berkenaan dan jika disebabkan kecuaian, mereka mungkin dikenakan tindakan oleh majikan.

Sementara itu, tinjauan di tempat kejadian mendapati, orang ramai memberhentikan kenderaan untuk menyaksikan kejadian itu kerana menyangkanya perbuatan penjenayah.

Pengurus bank terbabit ketika ditemui Sinar Harian bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Berita : Suami cemburu ditemui mati tergantung


MAYAT Nik Hasan ditemui tergantung di ruang tamu rumahnya di Jeli, Kelantan kelmarin. Rumah Nik Hassan kanan sekali.

JELI - Seorang lelaki yang tidak dapat menahan perasaan terhadap isterinya yang disyaki bermain kayu tiga ditemui mati tergantung di ruang tamu rumahnya di Kampung Ayer Lanas Blok Tumpat di sini kelmarin.

Mayat pengusaha kantin, Nik Hasan Mohamed, 53, ditemui oleh isterinya, Anirah Rani, 40, pada pukul 10 malam dalam keadaan tergantung dengan menggunakan tali nilon di ruang tamu rumah mereka.

Difahamkan, isteri mangsa merupakan suri rumah namun dia bergiat aktif dalam politik hingga menjadi anggota kepada salah sebuah parti.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, sebelum kejadian, pasangan itu telah bertengkar sebaik wanita itu pulang dari satu majlis di Kampung Gemang dekat sini.

Berita : Cedera dibelasah bapa gadis


BUKIT BERUANG -  Padah melakukan persetubuhan haram dengan seorang gadis bawah umur, seorang pemotong rumput cedera dibelasah bapa gadis berkenaan, dalam kejadian di sebuah rumah di Bukit Katil, di sini.

Menurut sumber, bapa remaja berusia 13 tahun itu bertindak demikian apabila menemui anaknya di Peringgit, kelmarin selepas anaknya itu tidak pulang ke rumah di Merlimau, Jasin sejak 11 Julai lalu.

“Hasil soal siasat, anaknya mengaku melakukan persetubuhan dengan seorang lelaki berusia 36 tahun yang sudah berumahtangga itu di sebuah rumah di Bukit Katil.

“Mangsa kemudian membawa bapanya bersama orang kampung ke rumah suspek kira-kira 12 tengah malam untuk mendapatkan penjelasan sebelum tercetus pergaduhan melibatkan kedua-dua belah pihak,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa dan keluarganya kemudian membuat dua laporan di Balai Polis Ayer Keroh, kira-kira 5.30 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan mengesahkan kejadian dan menerima laporan berkenaan.

“Suspek ditahan selepas mendapat perintah reman tujuh hari mulai hari ini (semalam) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog Anda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger