Home » » Cerpen : Ohh..sambal belacan!!

Cerpen : Ohh..sambal belacan!!

Kruk..kruk..kruk..Alamak perut ni. Berbunyi pulak. Sabar ye wahai encik perut. Lagi sejam habislah masa cikgu ni." Jue memujuk perutnya dengan menggosok-gosokkan perutnya dengan tangan. Dia berasa sungguh lapar pagi itu, walaupun pada malam itu dia sudah makan dengan banyak. Dia sendiri tidak tahu mengapa perutnya asyik minta diisi sahaja, walaupun sebelumnya dia telah makan dengan banyak. Jam baru menunjukkan pukul 9 pagi. Kelas Puan Lina dirasakan sungguh perlahan.

" Masz, lapar gila lah. Perut aku ni dah bernasyid dah ni. Lambat lagi ke mak Shikin ni nak habis mengajar?" Jue bercakap seakan berbisik pada Masz yang duduk disebelahnya.

" Oi, baru pukul 9 la ngok. Lagi sejam, baru rehat tau! "

" Gila lama..matilah aku kelaparan."

Masz ketawa melihat rakan kelasnya yang gelisah. Lapar sangatlah tu. Detik hatinya. " sabarlah wei. Tak lama lagi rehatlah. Tapi, macam kau tak biasa dengan dia. Masa tambahan.."

" ala.. Hish dia ni. Penjahat masa betul. Suka ambik masa kita lama-lama. Aku tak redha kang dia ambik masa kita ni, ha.. tak ke pasal nanti."

"Masz, Jue. Ada apa-apa masalah? Faham apa yang saya ajar tadi? Are you ok girls? “

Teguran mengejut dari Puan Lina atau lebih dikenali sebagai mak Shikin itu mematikan perbualan Jue dan Masz. Mereka terus menggelengkan kepala kepada cikgu tersebut. Terkejut barangkali. Kawan-kawan yang lain hanya tersenyum mengejek. "dasar penjahat.." getus hati Jue.


++++++++++++++++++++


" maaf ye kelas. Dah terlebih masa pulak. Terambil masa awak semua untuk rehat pulak. Maaf ye. Kenapa tak ada sorang pun cakap dengan saya yang masa saya dah habis? Tak apalah ye. Harap awak semua halalkan ye masa yang saya gunakan tu..saya tak sengaja.."

"tak ada hallah cikgu. Tak papelah" "Masa lebih, ilmu pon dapat lebih.." balas Diana dan disambut oleh Ned. Poyo!! Dalam hati masing-masing, mesti tengah dok kutuk-kutuk cikgu tu. Orang dah lapar, lagi nak lama-lama belajar. Mana tahan... 18 minit lambat, habislah lauk kat cafe.. ayam goreng dan sambal belacan...nyum..nyum..

"weh, jom pergi rehat! Laparla.." ajak Jue

"jap la..nak kemas barang. Len la ko, cikgu lum habis ngajar lagi, ko dah simpan semua buku. Hmm..Lagipun cafe tengah penuh sekarang. Malas aku.." balas Ned.

Begitula rutin pelajar kelas P2. makan menjadi satu keutamaan pada mereka semua, terutama sekali pada Jue, Ned, Masz, Ifa dan Shikin. Malah Diana, Bibin dan K.Mai kadang-kadang terikut dengan mereka. Prinsip mereka, biar sengkek, tapi makan tetap makan. Bagi mereka, bab-bab makan tidak boleh dibawa main, kalau tidak oleh terkena sawan ’bak ku teh’.

Jue dah mati akal. Perutnya makin menyanyi-nyanyi.. "eh, cepatla. Dah pukul bape dah ni. Gila lama ko kemas barang Ned. Copekla oi... dah pukul 10.20 dah nih."

"relaks la oi. Kite pergi pukul 10 sengah kang la. Time tu orang dah habis time rehat dah.."

“ntah. Pas rehat kang pun tak ada kelas. ISL cikgu tak masuk." sampuk Shikin

Wajah Jue kelat. "hmm..ok. tapi 10 sengah tepat tau!"


++++++++++++++++


Jue menilik jam.. 9… 8… 7… 6… 5… 4… 3… 2… 1…ok.. mase dah time!

“weh, dah. Yok gi cafe. Dah pukul 10 sengah dah ni.. ayam aku dah panggil-panggil dah tu. Lapar gila ni!! "

Semua pandang Jue. Tersenyum.. lapar sangat agaknya minah ni..kesian..

Pelbagai cerita dan gelak ketawa sepanjang perjalanan ke cafe. Ada saja benda nak dicakapkan.. tak penahnya nak diam sekejap mulut masing-masing. Namun, Jue tetap senyap.. berjalan seiring kawan-kawannya. Yelaa.. kang jalan laju-laju, tak best pulak.. jalan sorang-sorang. Mulutnya asyik merungut. Hanya dia seorang yang dengar apa yang dicakapkan.

Kesenyapan Jue mengundang perhatian Ned. Yelaa.. kalau tak, dialah yang banyak bercakap, suka kenakan orang. Yang selalu jadi mangsa, Ned dengan shikin..ditampalnya kertas bertulis bukan-bukan kat belakang tudunglah, disorok barang oranglah..macam-macamlah. Tapi keadaan Jue sekarang berlainan. Tak ke musykil.

"jue, ko ok tak?"

"aku ok lah. Perut aku ni je yang tak ok.."

Ned tersenyum dengar kata-kata Jue. Memang betullah yang kawannya lapar gile "ala...tahanla kejap. Bukan jauh sangat pun cafe tuh.." Syikin mencelah.

"yelaa.. tengah tahan la ni. Ni sume mak ko punya pasal la Kin.. elok-elok perut aku nyanyi lagu nasyid td, terus nyanyi lagu rock dah."

Shikin bengang. Puan Lina yang salah, dia pulak kena. "apsal aku pulak. Ini boleh mendatangkan marah ni. Diana la yang salah. Macam-macam dia tanya kat Puan Lina tu buat apa? Lau tak, mesti dah habis awal dah.."

"aik..aku pulak.." belum sempat Diana menyambung kata-katanya, Ifa telah menenangkan semua.

"dah-dah.. tak payah gaduh pasal aku. Aku tau aku ni best. Kok ye pun suke sangat kat aku, tak payahlah sampai nak gaduh2.."

"wek!! Perasan!!" hampir serentak semua bercakap.


++++++++++++++++

Setelah hampir 150meter berjalan, akhirnya sampai juga cafe yang diidam-idamkan. Apalagi, semua pun serbu cafe tu dan terus ke tempat pinggan dan nasik. Dan semestinya Jue yang paling depan. Gayanya kalah orang yang dah berhari-hari tak jumpa nasik, padahal malam semalam dia makan macam-macam. Nasik daging merah? Tomyam? Kerabu perut? Semua dia tale. Macam perut jin. Semua telan. Uh oh..

Masing-masing memilih lauk mengikut selera masing-masing. Namun tidak bagi Jue. Dia hanya mengambil seketul ayam dan sayur kobis goreng sedikit. Diletaknya kicap..murah.. Bukan sebab murah, baru dia pilih makanan tersebut, tetapi mereka tidak boleh telan makanan yang dimasak oleh cafe itu. Masakan ala mamak. Yelaa..dah namanya pun melayu, jadi lidah mestilah melayu habis. Kalau tak pedas, susah nak telan.

Jue melabuhkan punggungnya ke kerusi. Matanya masih melilau mencari sesuatu..hmm..takde ke? Bibin yang baru sampai, terus ditanye..hidupnya gelisah tanpanya..

"eh bin, sambal belacan takde ke?"

"ntah..ada la kot.. tadi aku nampak orang tu tengah buat. Dah nak siap dah.."

"eh?? Kang kalau da siap, ko tolong ambikkan ehh..tempat aku sempit la.. tak boleh kluar. Dah kena block! "

"ok.. ongkosnya??"

"alaa..30sen pon tak kan nak berkira gak kot.."

"ehh..takde 10sen,takde sejuta tau!!"

"ha..yela2.nanti aku bayarlah balik.."


+++++++++++++++++++

Jue kerisauan..benda yang ditunggu tetap tak keluar lagi.. mananye?? Kata tengah buat tadi..takkan lama sangat..

"bin....."

"yep??" bin memandang tepat mata Jue..dia tahu apa hendak dikatakan oleh kawannya itu. kesian pula melihat keadaan jue begitu.macam ayam hilang anak.. "ha..kejap.aku pergi tanye..lama sangat lak buat.."

Jue tersenyum..dia rela menahan laparnya sekejap demi memenuhi kehendaknya..apalah gunanya makan kalau pembuka selera tak ada.. buat bazir duit jek nanti makan tak abis.. Bibin jalan kearahnya..Jue tercari-cari..mana piring?? Dia letak sambal kat mane?? Takkan dia nak ambik pinggan aku..desis hatinya..

"bin.."

Belum lagi Jue bertanya, Bibin terus potong.. "ha Jue, sambal belacan arini ilek..tak ada..yang dia buat tadi untuk cikgu jek,..pelajar punya dah abis.."

Jue terkedu..sedih..perit dirasakannya..seleranya umpama telah mati..

"dah-dah..kita makan..Jue, awak tak payah lah sedih sangat..makan jek..bukan mati pun tak ada sambal belacan tu.." K.mai cuba menenangkan Jue..

"tapi k.Mai,...saya tak selera la nak makan..."

"dah..awak jangan nak mengada-ngada..tadi lapar sangat sampai nak gaduh-gaduh..ni, takkan takde sambal belacan taknak makan..dah cepat, baca doa semua.."

Nak taknak, terpaksalah juga Jue makan. Sudah menjadi rutin mereka, bila semua dah berkumpul, baru mula membaca doa dan mula makan. Setelah selesai membaca doa, semua start makan.. hanya Jue yang makan dengan perlahan..raut muka yang sedih.. hilang segala kelaparannya tadi..sesungguhnya..tanpa sambal belacan.. hilang selera makan.. Mulai dari saat itu, Jue pasang tekad, agar tidak lewat lagi ke cafe..kalau cikgu mengajar terlebih masa, dia akan memberitahu cikgu tersebut bahawa masanya telah abis.. sungguh..dia akan lakukannya. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

P/S: ni merupakan kali pertama aku menulis cerpen..sungguh..selama ni semua orang tolong buatkan, hanya ketika exam aku tulis sendiri.itupun kerna terpakse..huhu..pape pon..slmt mmbace..aku yang buta seni penulisan..
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog Anda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger