Home » » Tutorial : Problem Nak Main RM1000000 Moneydrop ?

Tutorial : Problem Nak Main RM1000000 Moneydrop ?




Salam semua :). Harini nak update satu entry menarik Pasal rancangan Rm 1,000,000 Money drop yang Dikeudarakan oleh Astro Ria pada hari sabtu & ahad jam 10.00 - 11.00 malam :). Kita Pun boleh turut serta bermain dgn para peserta rancangan ni dgn bermain secara online. kalau dapat jawab semua soalan, memiliki wang yang banyak ( 1m/game ) & Mempunyai masa yang terpantas, anda mungkin akan menjadi Pemenangnya !! hihihi. Menarik Bukan ?? Kalau menarik, ape tnggu lagi?. Jom laa turut serta :)

Sumber Astro:-
Permainan RM1,000,000 Money Drop Play Along adalah satu permainan yang menyeronokkan bagi anda yang berada di rumah untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada persembahan LIVE di kaca TV.

Bersaing dengan peserta di kaca TV dan jawab setiap soalan yang diberikan kepada mereka pada masa yang sama!

Permainan RM1,000,000 Money Drop Play Along hanya boleh dimainkan secara online ketika rancangan Money Drop sedang bersiaran di Astro Ria, Saluran 104, bermula 3 Disember 2011, setiap Sabtu dan Ahad pada jam 10 malam.

Untuk memenangi hadiah mingguan, anda perlulah bermain game Play Along ini pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Ranking terbaik untuk kedua-dua hari akan ditambah sekaligus menentukan pemenang bagi setiap minggu. Para pemenang akan dihubungi melalui email atau melalui telefon.

Adakah anda bersedia untuk mencuba nasib anda? Mari Main Bersama!

**Sila baca Terma dan Syarat permainan terlebih dahulu sebelum bermain.


Namun begitu, Sering kali kita Mendengar kawan-kawan kita tak boleh turut serta bermain dalam rancangan ini, Kenapa ea?? ermm ermm.. Ada beberapa saranan sy untuk mengelakkan benda ini berlaku :) Jom kita baca? :)

1) Tunggu di website www.moneydrop.com.my 15 / 30 minit sebelum rancangan dikeudarakan. Kalau rancangan dah mula baru nak masuk, mayb korang xdapat nak masuk website tu pun, sbb website jadi berat. Bagi pengguna Broadband, disarankan korang masuk lebih awal :). kalau tak mmg lambat nak load page tu ( Streamyx 2mbps pn lambat loading dia, mayb website berat ).

2) Disarankan Para peserta semua menggunakan WebBrowser " GOOGLE CHROME " sbb lebih pantas untuk korang excess website moneydrop. Saya ada netbook, pakai firefox nak bermain, tapi tak boleh. dia keluarkan error " Rancangan Keudara Sekarang ". Bila guna Google Chrome terus boleh main :)

3) Update korang punya Adobe reader yang paling latest / flash / java or etc. rasanya game ni dia rune guna salah satu dari app diatas. ( Macam sy punya mmg sentiasa update sbb buat kerja menggunakan app diatas ).

4) Mungkin Masalah dari pihak astro Sendiri. Pemain Terlalu ramai. Mayb ada limit seperti 15000 Pemain dalam satu-satu masa. Berkemungkinan macam itu jugak :). Jangan Putus harapan. Cuba lagi Minggu hadapan ok? :)

InsyaAllah perkara diatas dapat membantu para pemain sekalian ok? wasalam :)
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog Anda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger