Home » » Info : Imej hantu mungkin roh isteri bangsawan

Info : Imej hantu mungkin roh isteri bangsawan


GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain menunjukkan imej hantu (kanan) di Istana Gwrych, Wales yang dipercayai roh Winifred (kiri).

Akhbar itu yang menghubungi pakar-pakar melaporkan, imej wanita tersebut mungkin roh Winifred iaitu isteri kepada pembesar Earl of Dundonald yang pernah tinggal di istana berkenaan.

Wanita itu mewarisi Istana Gwrych pada 1894 yang dikatakan sebagai salah satu tapak paling berhantu di United Kingdom.

Penduduk tempatan di Abergele, utara Wales percaya wanita itu bergaduh dengan penjaga istana berkenaan, Bill Price dan mengganggunya selepas dia meninggal dunia pada tahun 1924.

Price akan mengunci perpustakaan pada waktu malam di istana itu pada waktu malam tetapi pada keesokan harinya, dia mendapati terdapat barang yang telah dialih secara misteri.

Seorang penulis kisah hantu, Mark Baker memberitahu bahawa hubungan Price dan Winifred tidak begitu baik.

"Mungkin masalah itu berterusan sehingga mereka mati," kata Baker.

Namun, bekas jurugambar, Harry Moffitt, 76, percaya bahawa hantu itu ialah orang gaji yang mati akibat terjatuh dari kuda.

Moffitt mendakwa dia ternampak hantu yang sama semasa mengunjungi istana itu 60 tahun lalu.
Share this article :

+ Pengkritik + 1 Pengkritik

Anonymous
December 23, 2012 at 5:19 PM

i like...mystery...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog Anda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger