Home » , » Info : 10 Ciri Teman Wanita Sejati

Info : 10 Ciri Teman Wanita Sejati




Ketulusan hati dalam melayari detik2 percintaan sangat penting. Ia sebagai pelengkap untuk menjalinkan hubungan sebagai suami isteri kelak.

Saya sayang awak lebih daripada segalanya, cintaku hanyalah untukmu seorang, atau saya tetap bersamamu buat selama-lamanya. Ungkapan ini sering dilafaskan kala asyik dilamun cinta.
Tetapi pernahkah anda sebagai lelaki terfikir adakah cinta seorang wanita itu realiti atau fantasi?
Berikut ialah ciri-ciri wanita idaman dan benar-benar ikhlas mencintai dirimu...

Tidak bergantung kepada orang lain
Tiada siapa yang inginkan teman wanitanya bersikap seperti budak kecil. Ataupun bersikap ganas dalam melakukan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi, wanita yang sering menangis tanpa sebab yang munasabah.
Personaliti menarik dan pengetahuan yang luas ketika berbicara menjadi impian setiap lelaki terhadap pasangannya.

Bijak
Wanita yang bijak kerapkali akan membuat beberapa kejutan terhadap teman lelakinya. Mereka cuba melakukan sesuatu dengan mencipta idea dan cerita yang menarik dapat dikongsi bersama. Dia akan sentiasa berfikir sebelum melakukan perkara yang tidak disukai teman lelakinya.

Sifat seksual yang sama
Seorang teman wanita yang sejati sentiasa melakukan persamaan atau perbuatan serupa seperti kekasihnya. Anda berdua pastinya mempunyai persamaan dalam melakukan sesuatu perkara seperti sama-sama berkongsi hobi dan pendapat.

Sempurna sifat
Keinginan lelaki dalam memilki teman wanita yang sempurna sifatnya merupakan satu kemestian yang nyata. Kecantikan mahupun personaliti yang menawan menjadi inspirasi setiap lelaki.
Wanita yang sempurna sifatnya bukan sekadar cantik di mata lelaki tetapi untuk dirinya juga. Seseorang wanita akan sentiasa menjaga perhiasan diri, tidak kira fizikal mahupun mental demi menjaga maruah peribadinya dan juga sebagai daya tarikan untuk kekasihnya.

Hormat
Wanita haruslah menghormati teman lelakinya. Ini bermaksud dia sentiasa mendengar segala nasihat dan menjadi seorang pendengar setia.
Mereka bukan hormat kepada kekasihnya sahaja malah memiliki tingkah laku yang baik ketika berhadapan dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga si lelaki.

Andalah teman lelakinya
Ketika membeli-belah, anda dan pasangan tiba-tiba terserempak dengan bekas teman lelakinya dan tanpa ditunggu-tunggu, dia terus membawa anda berkenalan dengan bekas teman lelakinya itu. Jika membeli-belah bersama rakan baiknya, dia tidak akan sesekali meninggalkan anda, sebaliknya cuba memegang tangan anda setiap kali berjalan bersama rakan-rakannya itu.

Kurang berleter
Perkara yang tidak digemari lelaki ialah wanita yang kuat berleter. Wanita yang jujur dan ikhlas dalam percintaan akan menjaga pertuturan dan tingkah laku agar komunikasi dalam perhubungan berjalan lancar. Buat kaum wanita, peliharalah setiap pertuturan kata anda ketika berbicara, begitu juga lelaki.

Ambil berat terhadap keluarga
Dia sering bertanya khabar keluarga dan rakan-rakan anda dan ini dilakukannya dengan gembira. Malahan dia akan membawa anda berjumpa dengan ahli keluarganya.

Benar-benar mencintai dirimu
Cinta setiap pasangan akan lahir jika mereka saling menghormati antara satu sama lain. Wanita yang benar-benar mencintai dirimu tidak akan sesekali berlaku curang terhadapmu. Tentunya, wanita ingin dirinya disayangi dan dihargai. Dia juga akan sentiasa mengambil berat terhadap diri anda sama ada dari segi kewangan atau masalah peribadi.

Dirimu lelaki idamannya
Setiap lelaki inginkan kesempurnaan daripada teman wanitanya. Wanita juga sentiasa ingin menjadikan anda seorang lelaki yang sempurna dan telus dalam hidup mereka. Sebaliknya, jika anda mempunyai sebarang masalah, dia akan cuba membantu sebaik yang mungkin. Hati wanita turut tersentuh dan resah jika kekasihnya dilanda pelbagai masalah.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog Anda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger