Home » , » Review Filem : Hantu Kak Limah Balik Rumah

Review Filem : Hantu Kak Limah Balik Rumah

Hello Readers, sblum sy review filem ni, meh kita baca dlu serba sedikit sinopsis citer ni k? :D.
Hantu Kak Limah Balik Rumah mengisahkan tentang Husin yang telah lama bekerja di Singapura dan mengambil keputusan balik ke kampung halamannya iaitu Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin, menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau. Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’ di pawagam berhampiran anda bermula 9 Disember ini.

Dibintangi Oleh
Awie, Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera, Zami Ismail, Man Kadir, Avaa Vanjaa, Delimawati, Shy8, Sofi Jikan dan Pekin.

******

Haa, dah baca dah ke sinopsis citer tu? hahaha..menarik bukan? Jalan citer mmg menarik, kiranya mmg setiap ape yg diaowg lakonkan mmg korang akan gelak terbahak2..hahaha...i suggest bg semua peminat citer2 lawak mmg kena tgk movie ni ok? hehehe..review tok movie ni 4.5/5 ! mesti tgk ok? :D
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog Anda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger