Home » » Info : Teknik Memutuskan Cinta

Info : Teknik Memutuskan Cinta

Fikirkan perkara paling buruk yang mungkin terjadi bila anda memutuskan cinta. Fikirkan juga perkara yang tak mungkin tapi mungkin terjadi bila cinta anda putus. Apakah sifat sidia dan penerimaan sidia jika anda memutuskan cinta. Lain cinta lain penerimaannya. Cara pemutus cinta orang lain yang berjaya mungkin tak sesuai untuk cinta anda. Putus cinta yang berjaya ialah putus cinta yang tak merugikan sesiapa.

Fikirkan sebab mengapa anda mesti memutuskan cinta.

Adakah sebab tetap atau sebab berubah. Sebab tetap antaranya ialah berbeza umur, bangsa dan negara. Sebab berubah pula antaranya ialah kelakukan, pendidikan dan kerjaya. Anda mesti memikirkan sedalamnya. Jika anda belum begitu yakin, biarlah cinta anda terus dulu. Anda mesti mencapai tahap keyakinan mutlak. Barulah buat keputusan cinta anda. Anda mesti tegas dan pegang keputusan cinta anda walau apa terjadi. Anda akan mengecewakan diri anda dan juga orang lain jika anda gagal berpegang dengan keputusan cinta anda.

Setelah itu anda mesti fikirkan strategi menamatkan riwayat cinta anda. Anda boleh membuat cinta sidia pudar terhadap anda dengan menonjolkan kekurangan diri anda dan perkara yang tak digemarinya. Tapi biasanya bila anda sudah tak cinta, sifat ini akan muncul sendiri. Tapi jangan sampai menyakiti sidia. Jangan sampai anda dulu mengucapkan putus cinta. Biarlah dia dulu mengucapkan putus cinta. Bila tiada cara lain, berterus terang boleh juga. Putus cinta cara ini tinggi risikonya. Anda tak boleh fikirkan diri anda saja tapi perasaan cintanya perlu juga difikirkan. Carilah masa sesuai, tempat selamat dan emosi sidia paling baik untuk mendengar putus cinta anda.

Jangan sembarangan putus cinta kerana ini boleh sebabkan putus nafas. Sidia boleh bertindak di luar jangkaan dengan membunuh diri atau anda. Elakkan risiko putus cinta begini. Apakah perlu anda lakukan setelah putus cinta secara rasmi atau tak rasmi. Jangan jadikan sesiapa terutamanya kekasih lama anda musuh. Jadikan sidia sebagai sahabat setia pula. Musuh walaupun satu amat bahaya. Tapi sahabat setia walau tiada cinta tak membiarkan anda derita.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog Anda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger