Home » » Info : SETAN,ANAK2NYER N TUGASNYE?

Info : SETAN,ANAK2NYER N TUGASNYE?


Sudah menjadi dasar syaitan mengganggu dan menggoda keturunan Nabi Adam a.s bukan sahaja syaitan yang melakukannya tetapi begitulah juga halnya dengan anak-anak syaitan. Mereka (anak-anak syaitan) ini sememangnya mahir dalam menjalankan tugas-tugas mereka mengganggu dan menggoda manusia. Anak-anak syaitan yang diberi tugas dan tempat pekerjaan mereka berlainan diantara satu sama laun. Anak syaitan lima> semuanya dan nama mereka ialah Tsabr,Al A'war,Miswath, Dasim dan Zaknabur.


1-TSABR

Tsabr adalah anak syaitan yang ditugaskan membawa maksiat,kesusahan dan kesedihan hati Kepada manusia.Kiranya ada yang mendapat musibat. Tsabr pasti tiba serta membisikkan mereka yang berkenaan itu supaya melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebinasaan seperti membunuh diri kerana tidak tertanggung berat musibat itu. Sekecil-kecil bisikan pun Tsabr menyuruh mereka itu melompat dengan tidak menentu sambil mengoyakkan pakaian yang dipakai, memukul pipi atau mengetu kepala sendiri dengan penuh kekesalan. Bagi mereka yang sedang menghadapi kekecewaan,merana kelukaan hati kerana kehilangan sesuatu yang disayangi, Tsabr akan menghubungkan hati mereka kepada kesayangan itu. Seseorang ibu yang kematian anak yang satu-satunya akan meratapi siang dan malam hingga lupa makan, lupa kewajipan,lupa pada suami dan lama kelamaan akan hilang akal lalu jadi gila atau setidak-tidaknya kurang daya ingatan (nyanyuk). Begitulah tugas Tsabr menggoda manusia dan membawa musibat dan kebinasaan.


2-AL-A'WAR

Al-A'war ialah anak syaitan yang kedua ini picing matanya sebelah atau lebih tepat lagi erti Al-Awar itubuta sebelah matanya. Tugasnya pula menyebarkan perzinaan dan perbuatan nista dan keji. Apabila seseorang itu telah dibisikkan supaya masukkedalam penzinaan,susah hendak keluar balik. Sama ada perempuan,lelaki yang masih bujang mahupun sudah bersuami atau beristeri. Sesiapa yang terbabit itu memanglah sesuai dikatakan buta sebelah matanya seperti Al-Awar. Seorang suami yang mempunyai isteri yang cantik boleh ditipu oleh Al-Awar sehingga suami itu menjadi tertarik kepada orang gaji mereka yang tidak secantik isterinya. Begitu juga yang brelaku kepada isteri yang mempunyai suami yang gagah didalam aspek batin akan tertarik kepada pemandu dan tukang kebun lantaran bisikan Al-Awar. Dihiasi dengan kebaikan, keseronokan apabila melakukan perzinaan itu.


3-MISWATH

Miswath tugasnya ialah menyebarkan dakyah yang tentunya dusta,khabar angin serta berita yang bohong semata-mata mahukan manusia menjadi kalut dan kacau bilau. Lebih-lebih lagi mengenai berita seharian atau berita yang menakutkan dan menggemparkan. Terlalu banyak manusia rugi dan melarat kerana percayakan berita bohong. Miswath akan menyampaikan berita bohong kepada seseorang yang dijumpainya apabila dia dengar bohong. Miswath bukan hanya membisikkan kehati seseorang manusia tetapi menjelma menyamar sebagai manusia semata-mata mahu MEnjahanamkan umat manusia sejagat. Miswath ertinya pengadun yang dibuat daripada kayu atau lainnya digunakan untuk mengadun. Oleh itu sesuai jugalah nama Miswath itu sebagai mengadun (mengocak) masyarakat yang sedang tenang damai menjadi kacau bilau dengan berita-berita bohong.


4-DASIM

Dasim ertinya menutup dan mengunci yang kotor dan kusut. Tugas Dasim ialah mengganggu rumahtangga supaya suami marah kepada isteri dan sebaliknya atau bapa marah kepada ahli keluarga itu dan dibakar hati mereka yang berkenaan supaya panas dan marah serta benci kepada suami isteri atau ahli keluarga. Ini namanya marah dengan tiba-tiba kerana tiba saja seseorang itu meradang kepada ahli keluarganya. Marah yang datang dengan tiba-tiba ini selalunya menjadi sengit dan seperti marah yang dipendamkan atau dengan tiba-tiba. Ahli rumah yang mendengar atau melihat kemarahan dengan tiba-tiba itu biasanya tidak mahu menerima dengan begitu saja tanpa membela diri, sama ada anak-anak mahupun siisteri. Apabila ini berlaku maka pertengakaran hebat akan terjadi. Sekiranya si bapa mengeluarkan sepuluh perkataan dalam marahnya itu,ahli rumah akan mengeluarkan seratus perkataan bagi membela diri. Jika dijawab lagi tentu masing-masing pihak akan bertambah sengit yang akhirnya menjadi perang mulut. Syaitan Dasim memerhati sambil membakar hati manusia terus menerus. Jika dengan perang mulut tidak dapat diselesaikan, biasanya berpindah menjadi pergelutan,tumbuk menumbuk,tampar menampar. Itulah tugas atau kerja Dasim.


5-ZAKNABUR

Zaknabur anak syaitan yang kelima ini ditugaskan untuk mengadu domba antara pedagang dengan pembeli. Dia akan memancangkan benderanya dipasar untuk menarik minat atau perhatian orang ramai kepadanya. Dibisikkan kehati peniaga-peniaga supaya berlaku curang dalam sukatan, timbangan dan hitungan. Tambahan pula Zaknabur akan membisikkan sipa peniaga memastikan barangannya yang tidak elok supaya dicampur-kan kedalam yang elok supaya tidak kelihatan dan menjualkannya kepada pembeli demi untuk mengaut keuntungan yang lebih serta banyak. Begitulah Zaknabur mengajarkan kecurangan kepada pedagang. Bagaimana pula dengan pembeli? Kepada pembelinya pula diajar supaya berhutang apa lagi yang sudah menjadi langganan. Kemudian Zaknabur membisikkan supaya hutang piutang itu jangan dibayar. Gaduh, bising, kacau bilau terjadi dipasar itu, ini menandakan usaha Syaitan Zaknabur telah terhasil.
Share this article :

+ Pengkritik + 1 Pengkritik

June 11, 2010 at 12:37 AM

dahsat penangan setan laknatullah neh. hish~

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog Anda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger