Home » » Cerpen : Potret Kasih

Cerpen : Potret Kasih

Adira tergesa-gesa meninggalkan bangunan lama yang mencatatkan seribu satu peristiwa sejarah negara sebaik matanya melihat jam tangan di pergelangan tangan. Sudah masuk waktu maghrib! Keasyikan menatap tinggalan bersejarah membuatkan dia tidak menyedari masa berlalu begitu pantas. Kata orang tua-tua tak elok berada di luar rumah pada masa ini. Tambah-tambah lagi bagi anak dara sepertinya. Tak cukup dengan itu, berada pula di tempat yang sebegitu. Seketika meremang bulu romanya memikirkan sebarang kemungkinan. Ee..mintak jauhla..hatinya berbisik.
Sepanjang menuruni anak tangga bangunan kota lama A Famosa, Adira tertarik melihat sepasang pasangan warga emas mat saleh. Si suami kelihatan sangat prihatin apabila memimpin tangan isterinya sehinggalah kaki menjejak ke anak tangga terakhir, pun tidak dilepaskan. Adira tersenyum sendiri. Buk!! Tanpa disedari kakinya melanggar sesuatu. Adira kaget. Matanya tertancap pada sekujur tubuh yang membongkok di hadapannya. Eh! Siapa pulak ni. Aku terpijak dia ke?? Sedikit cemas Adira apabila matanya menangkap jelas wajah dengan sorotan mata yang tajam memerhatikan muka bujur sirihnya.

"Err…Maaf encik..Saya tak sengaja.." Tergagap-gagap Adira menuturkan perkataan maaf apabila menyedari dia terlanggar meja lukisan milik lelaki itu sehingga menyebabkan berus-berus warna dan bekasnya bertaburan di lantai simen itu. Bila masa dia ada kat sini? Gumamnya perlahan. Cepat-cepat dia mengutip baki berus yang tidak dikutip oleh lelaki tersebut.
"Emm…saya nak beli lukisan encik yang ini.." Adira sekadar ingin mengambil hati setelah melihat lelaki tersebut tidak menghiraukan kata maafnya, sebaliknya mengemaskan meja lukisannya. Huh! Sombong..Hatinya merengus. Sedikit tercabar bila melihat reaksi lelaki itu yang masih dingin.
"Encik! Saya nak beli lukisan ni". Agak meninggi suara Adira.
"RM 15". Hmm…merdunya suara. Ehem..Adira membayar harga tersebut dan terus berlalu. Namun sebelum kakinya melangkah dari situ, matanya sempat menjeling lelaki yang dianggap misteri itu. Berkumis nipis dengan mata yang mempunyai pandangan tajam menikam. Janggut sejemput yang menambahkan lagi kemanisan pada wajahnya. Adira cepat-cepat meneruskan langkahnya apabila menyedari waktu maghrib yang semakin tamat.
*******
Zarul mempercepatkan langkahan ke masjid untuk mendirikan salah satu daripada tiang agama. Getaran dari telefon bimbitnya tidak dihiraukan. Terasa begitu malas untuk menjawab panggilan telefon yang memang telah diketahui siapa pemanggilnya. Ah! Bosan. Hatinya mendengus. Dimatikan telefon bimbit itu apabila si pemanggil masih tidak berputus asa. Huh, baru aman nak solat.
Di akhir doanya, Zarul tidak lupa menitipkan Al-Fatihah buat Adira. Semoga kau aman di sana, sayang..seketika Zarul terheret ke masa lampau yang penuh kemanisan namun diakhiri dengan kepahitan. Kepahitan yang maha hebat untuk ditelan.
*******
Adira meneruskan kerjanya sehingga malam menjelang. Kerja yang menimbun di pejabat setelah seminggu bercuti bersama suami tercinta perlu disiapkan supaya kakitangan bawahannya tidak bermasalah untuk memproses segala projek yang memerlukan kelulusannya.
"Puan..saya balik dulu." Aizat, pembantu kanannya kelihatan sudah bersedia untuk berangkat pulang setelah seharian memerah otak membantu Adira.
"Yelah Aizat. Kamu baliklah dulu."
"Puan pun baliklah cepat sikit. Bahaya jugak sorang-sorang kat sini." Kata-kata Aizat hanya disambut dengan senyuman dan anggukan.
Dua jam berlalu, deringan telefon bimbitnya mematikan ketekunan Adira. Calling..my hubby..serta merta senyuman manis meleret di bibirnya.
"Hello sayang..sibuk lagi ker..?" sayup kedengaran suara suaminya, Zarul.
"Belum lagi la,bang..ada sikit lagi."
"Ala..sudah-sudahla tu. Dah kul 10 lebih dah pun. Sayang tak payah drive malam ni, abang gi ambik sekarang. Tunggu je kat ofis. Jangan pegi mana-mana. Bahaya." Zarul memberikan arahan yang membuatkan Adira mengeluh.
‘Ala abang..tak payahla. Dira boleh drive sendiri. Abang rehatla..Dira balik jap lagi." Adira cuba mengelak. Dia masih mahu meneruskan kerjanya sekurang-kurangnya untuk setengah jam lagi. Besok cuti jadi dia tak kisah balik lewat. Tapi Zarul kisah!
"Adira..abang kata apa? Abang kata abang g ambik dira sekarang kan..so..takde tapi-tapi. Bersiap sekarang. Abang on the way dah ni sebenarnya."
"What?"..Adira hanya menggeleng apabila talian sengaja dimatikan.
******
Adira mengamati lukisan yang dibelinya dua hari lepas dari pemuda misteri itu. Hm..cantik..berbakat mamat ni. Hatinya memuji sendiri. Tiba-tiba hatinya terdetik untuk mengunjungi pemuda itu. Entah kenapa seperti ada yang menariknya untuk ke situ.
Dari jauh Adira memerhatikan gelagat pemuda berbaju hijau tua yang sedang tekun menyiapkan lukisan di kaki lima kota A Famosa. Agak berdebar jantungnya apabila dirasakan pemuda tersebut menyedari kehadirannya apabila pandangan tajam itu menembusi anak matanya. Perlahan-lahan Adira menapak menuju ke destinasi sebenar.
"Err..Assalamualaikum.." menunggu balasan salam dari pemuda ini semamangnya memerlukan kesabaran..hati Adira berkata-kata.
"Waalaikumussalam…ya..boleh saya tolong?" Ramah la pulak..namun pandangan tu kenapa la tajam sangat. Tembus kat jantung aku baru tau.. Adira mengomel lagi.
‘Cik.." Tersipu-sipu Adira apabila tersedar dia terlebih dalam memerhatikan raut wajah pemuda yang hampir sebaya dengannya itu.
"Err..saya..err…ohhh..nak beli lukisan ni." Hai, kenapa aku kalut semacam aje ni..cover Adira..cover..
"Yang ni RM 25..saya bagi RM 20 kat cik.."
"Ooo..thanks bagi diskaun." Urusan jual beli selesai, namun kaki Adira masih melekat di situ.
"Boleh saya tau..awak ni orang tempatan ke?" Adira memberanikan diri bertanya.
Si pemuda menjeling..menjadikan jantung Adira semakin kuat mengepam darah ke seluruh tubuhnya.
"Kalau tak..kenapa?’’ bermain dengan kata-kata yer..Adira tersenyum dalam hati. "Kenapa senyum?"
Hah?? Aku senyum??
"Tak…err..saja aje..ingatkan awak orang sini."
"Cik dari KL ke?"
"Yer..saja je datang tengok tempat bersejarah masa cuti macam ni..saya suka.." Ramah Adira bercerita.
"Oh ya kalau tak keberatan..boleh saya tau nama encik?’’ Malunya..Ah..biarlah..aku suka tengok dia..ehem..
Pemuda tersebut sedikit tersentak. Namun, Adira hanya berlagak biasa walaupun mukanya dirasanya sudah merah padam. Padan muka kau Adira!
"Saya Zarul..Muhammad Zarul Aidil bin Zakwan." Fuh..lega. Hai,nama penuh tu. Adira ketawa kecil.
"Well..nice name…nama saya Adira… Nur Najwa Adira binti Mukhriz. Selamat berkenalan."
Senyuman Adira disambut dengan renungan tajam memikat sang pemuda..
*******
Zarul tergesa-gesa menaiki lif menuju ke tingkat 14 yang menempatkan pejabat isterinya. Hatinya agak risau apabila telefon tidak berjawab. Namun, cepat-cepat ditolak andaian negatif dari terus meracuni fikirannya. Cepatla sampai..hatinya seakan tidak dapat menahan untuk menatap wajah isteri yang amat dicintai itu. Dua bulan mendirikan rumahtangga bersama gadis manis itu benar-benar telah mengikat hatinya kepada wanita yang juga tinggi lampai itu.
Sebaik kakinya melangkah keluar dari lif, seolah-olah terlihat olehnya kelibat manusia. Eh..siapa? Dira ke? Zarul meneruskan langkah ke pejabat Adira. Sunyi sepi.
"Dira.." dia memanggil lembut..ditolak pintu pejabat dan alangkah terkejutnya apabila mendapati Adira terbaring dalam keadaan separuh bogel. "Adira!!!!!" Sepantas kilat Zarul berlari mendapatkan Adira yang terbaring kaku. Zarul hampir rebah saat matanya melihat ada kelaran di leher Adira serta darah yang masih hangat apabila tubuh lemah itu dipangku ke pelukannya. Dalam separuh meraung Zarul memanggil nama isterinya.
"Sayang..bangun sayang…adira sayang…bangun..bangunnn!!!". "Dira..bangun..abang datang.."
"A…abang.." Kedengaran suara Adira yang amat lemah.."Dira!"..Seketika senyap..Zarul menggoncangkan tubuh Adira mengharapkan isterinya membuka mata, namun hampa. Dalam masa yang sama dia menutup bahagian tubuh Adira yang terdedah. "Dira!!"
"Siapa buat Dira macam ni?? Siapa??!!!"
Zarul terkaku di situ juga apabila tubuh isterinya itu dirasakan sejuk. Hanya airmatanya sahaja yang mengalir lesu meratapi nasib Adira. Adira!!!! Jangan tinggalkan abang..Adiraaaa!!

Zarul langsung tidak hadir ke majlis tahlil arwah isterinya. Hanya berkurung dalam bilik tanpa menjamah sebarang makanan. Puas dipujuk ibubapanya, namun kesedihannya tak tertanggung. Hanya meratapi pemergian sadis Adira.
"Sayang…kenapa tak tunggu abang..kenapa sayang..abang cuma lewat sikit aje..kenapa.." Zarul menangis dan menangis lagi sambil memeluk baju pernikahan yang dipakai Adira semasa hari bahagia mereka dua bulan lepas. Masih terasa kehangatan cinta dan sentuhan Adira membelai wajahnya.
"Dira janji..Dira takkan tinggalkan abang..Dira nak jadi isteri abang selama-lamanya. Tapi kalau Dira pergi dulu, abang carilah pengganti ye..sebab abang kan tak pandai nak ikat tie..hehe.."
Masih terngiang-ngiang suara Adira di cuping telinganya. Adira..abang rindukan sayang…Airmata meningitis lagi untuk kesekian kalinya.
Sehari ke sebulan..sebulan ke setahun..setelah hampir tiga tahun pemergian Adira, barulah Zarul boleh tersenyum.. itupun hanya jarang-jarang. Untuk ketawa jauh sekali. Sampaikan orang tuanya hampir berputus asa untuk memulihkan semangatnya. Untuk diperkenalkan dengan perempuan lain lagi susah. Malah pernah mengundang amarah Zarul. Dia fobia untuk berkahwin lagi. Sudahnya, ibu bapanya hanya membiarkan Zarul membawa haluan hidupnya seperti apa yang diingininya.
******
Zarul termenung..mengingati seraut wajah yang ditemui tadi. Di tangannya tertera nombor telefon yang diberi oleh gadis itu.Wajah lembut itu seperti dapat mengocak hati lelakinya yang selama ini seakan mati. Adira..diakah? Tak mungkin..wajah yang berbeza, senyuman yang berlainan dan suara yang tak serupa..namun, lenggok yang sama. Tubuh yang sama. Kelembutan yang sama. Dan nama yang sama. Ya..Sama seperti nama isteriku..arwah isteriku..Nur Najwa Adira binti Arshad. Tapi ada sedikit perbezaan. Nyata..dia bukan isteriku!
Zarul hanyut dalam nostalgianya. Sayang..alangkah baiknya andai kau disisi ketika ini..aku kesunyian dalam merinduimu..aku lemah tanpamu..airmata lelakinya tumpah lagi. Ah..andainya kau dapat kutemui lagi..andainya kau bisa kembali lagi..akanku pelukmu sepanjang hayatku..takkan kubiarkan kau sendirian menanggung penderitaan..hatinya berjiwa lara..adira isteriku..
Dua bulan berlalu..
Adira termenung di meja kerjanya. Menunggu panggilan telefon dari seseorang. Dia nekad. Esok dia akan ke Melaka. Menjejaki kota A Famosa..menemui jejaka yang telah mencuri hati wanitanya hanya melalui renungan tajam yang bisa menggoyahkan sukma. Nekad!
******
"Salam.." Zarul agak terkejut menerima kunjungan tak diduga itu. Sangkanya wanita itu akan melupakannya. Namun, tidak. Sekarang wanita itu, Nur Najwa Adira sedang berdiri di depannya.
"Puas saya cari awak..kat sini rupanya.." Adira melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Zarul yang sedang mengelamun dia hadapan muzium maritim. Puas dicari akhirnya berjumpa juga.
"Kenapa cari saya?" dingin pertanyaan itu menyebabkan hati Adira terasa. Lenguh pinggangnya memandu dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menemui lelaki itu. Terasa tidak dihargai. Ah..siapalah aku.
"Takde apa..saja datang..sekolah cuti.." Diam seketika. "Awak cikgu ke?" Zarul bertanya tanpa menoleh.
"Ya.." Lemah jawapan Adira.
"Kenapa awak selalu ada kat sini? Awak kata awak bukan orang tempatan.’’
"Bukan orang tempatan tak semestinya tak tinggal kat sini." Jawapan yang lojik. "Betul jugak..tak melukis hari ni?" Adira masih tak berputus asa.
"Tak..tak nak gangguan sebab tu tak melukis." Adira hampir menangis mendengar jawapan itu.
"Ooo..okeylah..saya minta diri dulu.." Adira bergegas bangun. Bergetar suaranya menuturkan kata-kata. Bimbang gagal mengawal airmata, cepat-cepat dipalingkan mukanya. Sia-sia usahanya. Kenapa la aku ni bodoh sangat??
"Awak tinggal kat hotel mana?" Zarul juga berdiri mengadap Adira,namun gagal melihat wajah lembut yang sengaja ditundukkan itu.
"Ntahla..tak check-in lagi.."
"Apa? So nak g mana ni?’’
"Balik KL". Adira menjawab dingin. Merajuk ke aku ni?? "What? Jangan bagitau yang saya awak baru sampai dari KL." Zarul sedikit kaget.
"Memang baru sampai pun". Adira gagal menahan rasa. Sedihnya memuncak. Airmata wanitanya gugur. Menerbitkan rasa terkejut di hati Zarul. Seketika dilihatnya Adira melangkah laju meninggalkan dirinya sendirian di situ. Dia cuba memanggil namun kerongkongnya seakan tersekat. Adira..hanya hatinya mampu menyebut nama itu.

Adira menangis di dalam proton waja kesayangannya. Hatinya sayu mengenangkan jejaka yang dicintai seakan tidak sudi menyambut kedatangannya. Malah seperti mengganggu pula. Kenapa aku jatuh cinta kat dia??Lelaki dingin. Kenapa?? Dia menghentak-hentak stereng kereta sebagai tanda melepaskan kesedihannya. Tiba-tiba satu mesej masuk ke telefon bimbitnya. Dengan mata yang kabur dek airmata, kiriman itu dibacanya.
‘saya tunggu kat tempat tadi..awak jangan balik lagi..maaf jika terkasar bahasa..zarul’
Adira hampir tak percaya.
Apa nak buat ni?? Seketika jari mulusnya laju menekan punat telefon bimbitnya.
‘saya akan bertolak kejap lagi..kalu awak nak jumpa saya, datangla depan jam besar. Waja silver, WLA 885’
‘ok..tunggu saya..kejap lagi saya sampai..kunci pintu kereta’
Ayat terakhir dari pemuda itu menerbitkan rasa hairan di hati Adira. Buang tabiat ke..? Apapun diikuti juga pesanan itu. Hatinya sedikit berbunga apabila dirasakan Zarul mengambil berat tentangnya. Alamak!! Mata bengkak..alamak..macamana ni? Sedang Adira kalut membelek wajahnya di cermin, cermin keretanya diketuk. Automatik dia menekan punat open. Zarul melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan. Ada riak kaget apabila melihat mata dan hidung Adira yang merah. Comel..hatinya terpikat.
"Kenapa tergesa-gesa buka pintu? Tak tengok dulu sape datang terus buka pintu. Kan bahaya." Pelik. Itu yang Adira rasakan. Ambik berat pasal aku ke?
"Nak balik betul ke?" Adira hanya mengangguk.
"kalau saya mintak jangan balik lagi boleh..?" Adira merenung mata Zarul. Ada sesuatu yang disembunyikan di situ. Apa yer..
"Kenapa awak tak nak saya balik?"
"Saya nak naik kereta awak la..penat dah jalan kaki je". Adira tergelak mendengar jawapan Zarul.
"Awak ni nakallah." Tanpa disengajakan Adira tercubit lengan Zarul. Kaku seketika. "Err…maaf..saya tak sengaja." Eee…bodohnya aku..malunya! merah padam muka Adira apabila kedengaran tawa Zarul meledak kuat.
"Awak ni..Dahla..Biar saya drive.." Zarul keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk Adira. Hatinya berbunga. Hampir sepanjang malam mereka bersiar-siar bersama-sama.
Adira merebahkan tubuhnya di tilam hotel setelah Zarul menghantarnya balik. Tak jadi balik KL. Hatinya gembira tak terkata dengan layanan baik Zarul. Zarul pulang dengan menaiki teksi dari hotel Adira menginap.
"Tak pe..saya boleh balik ngan teksi. Bahaya perempuan drive sorang malam-malam". Ayat itu bergema di telinganya. Kembang rasa hati. Terasa masa terlalu cepat berlalu bila bersama. Esok jumpa lagi..ah..lambatnya masa bergerak..
******
Zarul tidak dapat melelapkan matanya. Hilaian tawa dan cubitan manja pertama dari Adira tadi benar-benar melekat di hatinya. Dikeluarkan potret Adira, arwah isterinya dari dalam wallet. Diamati dan dicium. Memang ada persamaan meskipun dua jasad yang berlainan. Cinta yang seakan semakin mengetuk tangkai hatinya membuatkan hatinya serba salah. Namun, pertama kali selepas pemergian arwah, dia dapat ketawa tanpa dipaksa. Semuanya kerana Adira. Gadis manis yang lembut dan manja!
*******
"Hello..Dira..Awak kat mana?" Kedengaran suara Ridwan di hujung talian.
"Kat Melaka,,kenapa?" malas-malas Adira menjawab. Ee.. bosan la dia ni. Tak faham bahasa ke.. Ridwan adalah bekas teman lelakinya yang cuba untuk mendapatkan semula tempat di hati Adira. No way!!
"Kenapa selalu pegi sana? Ada apa-apa ke?"
"Ya! Oklah.. saya sibuk." Klik!
"Sape?" Zarul bertanya dalam nada perlahan.
"Ex boyfriend..dah la..malas cakap pasal dia.."
"Erm…saya dah buat keputusan nak balik KL."
"Betul ker? Bila?"…"Now." "What??" Adira tersentak.
"Kita balik sekarang..saya tumpang awak.."
"Macam arahan aje." Kedua-duanya ketawa serentak.
Adira senang dengan perubahan sikap Zarul. Mereka semakin rapat..namun Adira sangsi tentang perasaan Zarul terhadapnya. Ah..biarlah dulu.

Kuala Lumpur
"Rul nak keja keje kat pejabat balik?" Tuan Zakwan seakan tidak percaya apa yang didengarnya.
"Ya, ayah. Besok Rul nak mula." Zarul mengangkat punggungnya dan berlalu ke biliknya meninggalkan ayah dan ibunya tertanya-tanya. Dibiliknya Zarul merenung gambar Adira, gadis yang baru dikenalinya. Dia masih berdiam diri tentang kisah lampaunya. Hatinya mengakui terpaut pada gadis itu sejak kali pertama bertentang mata. Dia akan melamar wanita itu dalam seminggu dua ni kerana dia yakin Adira sedang menunggu kata-kata cinta darinya. Dan dia akan berterus-terang tentang siapa dirinya yang sebenar. Itulah yang membuatkan dirinya kembali ke Kuala Lumpur. Kisah hitam hidupnya akan dibuang jauh-jauh. Namun, sesekali hatinya takkan melupakan arwah isteri yang sangat dikasihi itu.

"Dira..kenapa awak suka sangat kat mamat tu? Sebab dia kaya ke?" Ridwan berang apabila mengetahui hubungan Adira dengan Zarul. Diam-diam dia menyiasat latar belakang lelaki itu. Kau takkan dapat Adira, Zarul! Hatinya berbisik jahat.
"yang awak nak sibuk hal saya kenapa?" Adira bosan dengan sikap Ridwan. Macamla aku ni bini kau! Bencinya..
"Sebab saya sayang kat Dira.."
"Kalu sayang kenapa putuskan hubungan kita dulu?’’ Tempelak Adira. "Dira..yang dulu biarla berlalu..saya boleh bahagiakan Dira. Bukan macam Zarul tu..dahla duda." Terbeliak mata Adira mendengar kata-kata Ridwan.
"Macamana awak tau nama dia..dan awak kata apa tadi?Duda?" Dada Adira berdebar-debar.
"Saya dah siasat latar belakang dia..Muhammad Zarul Aidil..pernah berkahwin tiga tahun lepas. Namun, kematian isteri akibat dibunuh dan diperkosa. Nama isterinya Nur Najwa Adira. Dan akan bertunang bulan depan." Ridwan menunggu reaksi Adira.
Adira terduduk. Kelu lidahnya untuk berkata-kata.
"Awak jangan nak fitnah Zarul ok!"
"Well..tanya la dia kalu tak percaya.. nama awak sama ngan nama isteri dia dulu..tak faham lagi ke apa maksudnya?" kata-kata Ridwan dirasakan terlalu sinis.
"Kau diam!!" Ridwan terkejut mendengar herdikan Adira yang tak disangka-sangka itu. Tanpa menunggu apa-apa lagi dia segera berlari meninggalkan Ridwan. "Dira!!" Tidak dihiraukan panggilan itu. Sampai hati Zarul!

Adira menangis semahu-mahunya sebaik menghempaskan diri di katilnya. Teman serumah, Shana hairan melihat gelagat Adira. Namun dibiarkan sahaja sehingga keadaan Adira tenang.
Adira sendiri tidak mengerti mengapa dia harus menangis. Namun, apa yang dia tahu dia merasa tertipu, marah dan kecewa. Kenapa Zarul tak pernah bercerita? Kenapa? Hatinya sangsi..adakah hanya kerana namaku??
Zarul resah apabila Adira langsung tidak menjawab panggilannya. Apa masalah dia ni..
‘kalau dapat mesej ni tolong call saya balik k..saya nak jumpa dira’
‘saya tak mahu jumpa penipu!!’
Zarul kaget. Didailnya nombor Adira. Kali ini panggilan bersambut..ada esakan kecil mengiringi perbualan.
"Adira ada masalah apa? Kenapa cakap saya penipu?" Zarul merasa agak marah dengan gelaran yang diberikan padanya. Aku tak pernah menipu dia.
"Sudahlah..awak bukan ikhlas kawan ngan saya kan.."
"Apa ni..jangan la jadi macam budak-budak..apa-apa hal bawak berbincang la.." zarul masih cuba berdiplomasi.
"Ok..kita jumpa tempat biasa sekarang.." Klik!

Adira membisu apabila Zarul merenungnya lama. "Cuba bagitau saya apa sebenarnya yang berlaku.." Zarul mengakui hatinya menjadi lemah melihat wajah sayu Adira. Apalagi apabila ada bekas airmata di tubir matanya. Apa salah aku??
"Selama ni saya ingat awak ikhlas kat saya..saya akui saya memang sukakan awak..saya sanggup memandu dari KL ke Melaka semata-mata untuk jumpa awak..kita dah kenal agak lama..dah rapat…saya sangka…" Adira tidak dapat menghabiskan ayatnya.. hatinya sebak. Zarul masih bingung. Apakah dia dah tahu kisahku?
"Saya sangka bila awak kata nak balik KL, awak buat sebab saya..rupa-rupanya tak..awak tipu saya..awak tak pernah bagitau kisah hidup awak..siapa awak..nama saya ni sama ngan nama arwah isteri awak..awak tak pernah bagitau..tak cukup dengan tu..awak akan bertunang bulan depan kan.." Adira menangis teresak-esak menahan pilu yang mencengkam. Zarul mengeluh.
"Ok..awak dah tahu semuanya..sebenarnya.."
"Saya tak sangka..saya cuma bertepuk sebelah tangan..betul cakap Ridwan..awak tak pernah cintakan saya." Ridwan?? Macam pernah dengar. Ridwan Afiq??
"Adira..ada sebabnya saya merahsiakan semua tu dari awak..pasal pertunangan tu..saya pun tak tau nak cakap..saya.."
"Saya rasa cukuplah..saya tak perlukan penjelasan awak..awak kawan dengan saya dulu pun sebab nama saya aje kan.."
"Sapa cakap macam tu?" Zarul mula hilang sabar apabila cakapnya asyik dipintas.
"Saya yang cakap.. Ridwan dah ceritakan segalanya pada saya."
"Ridwan mana ni?"
"Ex boyfriend dan merangkap bakal tunang saya." Adira nekad mengatakan dia dan Ridwan akan bertunang. Apalah lagi ditunggu pada yang tak sudi.
"What??? Dira..apa ni? Jangan buat keputusan macam ni? Apa yang dia cakap tu betul tapi ada yang takkan jadi betul." Zarul dapat mengagak siapa Ridwan sekarang.
"Sudah! Saya dah buat keputusan. Sekarang kita tak perlu berhubung lagi." Sebaik sahaja kakinya melangkah, terasa lengannya dipaut.
"Dira..kenapa awak percayakan saya? Kenapa awak tak percayakan perasaan awak pada saya selama ni?" Ada nada sayu dalam tutur kata Zarul.
"Lepaskan saya."
"Saya akan lepaskan awak kalau itu dapat membahagiakan awak..tapi saya takkan lepaskan awak pada lelaki macam Ridwan!" Adira kaget. "Lepaslah..saya ada hak nak buat keputusan saya sendiri." Adira cuba melepaskan pegangan Zarul namun hampa. Tiba-tiba lengannya dilepaskan.
"Pergilah..awak memang berhak buat keputusan." Zarul hanya memandang langkah Adira dengan tangisan dalam hatinya yang bergema sayu.
*******
"Takkan ada majlis pertunangan. Rul akan balik Melaka kejap. Muktamad ayah..tolong la faham." Zarul memang menolak hasrat ayahnya untuk menyatukan dia dengan Maria. Hatinya hancur apabila Adira memutuskan untuk bertunang dengan Ridwan. Ridwan yang pernah cuba merebut arwah Adira dari sisinya. Dan kini Ridwan itu muncul lagi. Kebetulan yang memang kebetulan. Lusa adalah hari pertunangan mereka. Dia akan kembali ke Melaka. Biarlah dia kekal di situ.

Adira menerima kiriman tanpa setem. Esok dia akan bertunang dengan Ridwan. Sayu hatinya mengenangkan cinta yang tak kesampaian. Dibukanya bungkusan tersebut. Potret wajahnya!! Cantik..benar-benar hidup. Siapa yang lukis..dan cincin! Adira kaget. Sepucuk surat disertakan bersama kiriman tersebut.
Untuk yang teristimewa…Adira.
Maaf mengganggu hari bahagiamu..namun, ini adalah luahan hati saya..yang selama ini tersimpan kukuh di hati..memang benar, saya tak pernah menceritakan kisah hidup saya pada awak..sebab saya merasakan awak akan ada bila saya sudah bersedia untuk menceritakan..namun awak telah mengetahuinya dari orang lain..
Adira..memang benar juga nama awak sama dengan nama arwah isteri saya…untuk pengetahuan awak..saya jatuh hati pada awak bila kali pertama saya melihat awak..adakah pada kali pertama itu..iaitu pada masa awak menyebabkan berus warna saya jatuh, saya telah mengetahui nama awak? Tidak kan..jadi kenapa harus timbul soal nama..salah saya..memang salah saya sebab tak pernah berterus terang…namun saya juga perlukan masa..bukan mudah untuk seorang lelaki yang berhadapan dengan kematian tragis isterinya untuk meluahkan kata cinta untuk kedua kalinya…arwah pergi setelah kehormatannya diragut..dia dibunuh..di pangkuan saya dia pergi..pembunuhnya juga mati pada hari yang sama setelah dilanggar kereta..mungkin itulah balasan di atas dosanya…dapatkah awak rasa macamana seorang suami mahu menceritakan semua ini kepada gadis yang telah mencuri hatinya untuk bercinta lagi..?
Tentang pertunangan itu, saya telah membatalkannya awal-awal lagi..tapi awak tak mahu mendengar penjelasan saya..awak pergi begitu saja..awak juga kata saya tak cintakan awak..kalu saya tak cintakan awak, adakah saya akan pulang ke KL bersama awak? Menghabiskan waktu sehari suntuk bersama awak? Adira…awak tak tahu..hati saya amat mengharapkan agar cincin ini dapat disarungkan ke jari awak..saya ingin melamar awak hari tu..tapi awak bagitahu saya awak akan bertunang dengan Ridwan..hancur luluh hati saya..Ridwan Afiq..sahabat lama arwah..merangkap teman sekuliah saya yang amat membenci saya kerana mengahwini arwah..awak boleh bertanya kepadanya kalau awak rasa saya berbohong..
Akhir kata saya akan tinggalkan KL..semoga awak berbahagia..terimalah cincin dan potret ini sebagai hadiah pertunanganmu..izinkan saya melafazkan untuk terakhir kali..saya cintakan awak..
Ikhlas dari Zarul..

*******
"Saya nak beli lukisan ni.." Suara lembut seorang gadis menarik Zarul untuk mengangkat wajahnya.
"Adira?" Adira tersenyum..namun ada getaran pada bibirnya. Berkaca-kaca matanya menahan air jernih yang ingin keluar.
"Zarul…saya minta maaf…saya.." tanpa diduga Adira menangis di hadapan Zarul sehingga mengundang pandangan beberapa pelawat.
"Dira..jangan nangis..Jom..kita bincang kat tempat lain."

"Okey..sekarang Dira ceritakan apa yang berlaku.."
"Zarul..saya cintakan awak.." terkejut dengan pernyataan itu membuatkan mulut Zarul melopong. Indahnya..namun..
"Awak tunangan orang..baliklah.." Hampa terasa di jiwa.
"Saya tak jadi bertunang."
"Hah?? Apa awak kata?"
"Saya tak cintakan Ridwan.. lagipun dia dah mengaku yang dia kenal awak..dia tahu pertunangan awak dibatalkan..tapi dia tak ceritakan yang sebenarnya pada saya..dia dah mengaku semuanya.."
"Habis family awak?" Zarul seakan tak percaya. Mimpi ke aku?
"Mereka merestui saya.." Adira memeluk Zarul. " Saya sayangkan awak sorang je."
"Saya pun sayangkan awak."
"Tapi…" Zarul meleraikan pelukan Adira.
"Tapi? Kenapa?" Adira gelisah. Takut jika Zarul menolak cintanya.
"Tapi tak leh peluk lagi..dosa..hehe.." "Zarul!!" Adira mencubit lengan Zarul. Merona wajahnya diusik begitu.
"Cantik cincin.." Zarul melebarkan sengehannya..bahagia terasa menyerbu tangkai hati.
"Ye lah..cincin tanda cinta..sebab tu cantik.." Adira tersenyum malu saat Zarul mencium jemarinya.
"Jom balik sayang..kita kawin esok nak?"
"What??" Adira terlopong.
"Hahaha" Zarul memanjatkan syukur yang tak terhingga. Terima kasih Tuhan!
Share this article :

+ Pengkritik + 2 Pengkritik

April 19, 2010 at 1:13 PM

r0mantis!!!!! w0w!~ sukenye..

April 19, 2010 at 1:33 PM

kalau laa ada owg mcm nih kn.. :)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog Anda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger