Home » » Cerpen : Cinta Air Mineral

Cerpen : Cinta Air Mineral

Betul ke dia tak nak terima aku semula? Kenapa aku sms pun dia buat bodoh je? Aku tahu la aku silap, tapi aku bagi hint nak ok balik, tak kan dia tak faham? Aku rasa mesti dia buat-buat tak faham. Dah penat aku miss call plus call, tapi still lagi buat aku tunggu macam orang gila. Nasib baiklah aku still waras lagi until now, menunggu jawapan dia. Memang aku dah hilang sabar sekarang ni tapi aku sabarkan juga hati ni sebab bila aku fikir balik kenapa aku jadi macam sekarang ni pun sebab sikap aku yang kurang sabar. Disebabkan kurang sabarlah hubungan aku dan dia putus tengah jalan.

Aku pun dah buntu. Nak buat macam mana lagi? Aku masih sayangkan dia walaupun lama juga aku menyepi, dia pun mendiamkan diri lepas pergaduhan besar kami 2 bulan lepas. Hinggakan dia pulangkan semula cincin mahal pemberian aku dan aku yang hilang sabar atas tindakan melulu dia tu pun bertindak macam budak-budak baru bercinta. Aku minta semula segala pemberian yang pernah dia dapat dari aku. Satu kotak besar dia balut cantik-cantik dan tinggalkan depan rumah sewa aku. Aku yang baru balik kerja lewat malam tu, terus aku campak kotak tu tepi sudut bilik aku. Sampai sekarang kotak tu masih kat situ, tak terusik.
"Bukan tak nak, tapi tak bolehlah Bie." Wajahnya menatap aku meminta simpati.
"Buat muka kesian la tu. Nie, Bie bukan main-main tau. Serius ni."
"Tapi kalau dah tak boleh, nak buat macam mana lagi. Tempat tu bukan dekat, jauh la."
"Awal lagi Bie dah bagi tahu, tapi Nie buat sambil lewa. Sekarang nak bagi alasan pula." Nada suara aku makin tinggi.
"Yang Bie nak marah-marah ni apasal? Batalkan je la, tak pun postpone. Apa susah?" Kedua-dua tangannya memeluk tubuh tanda protes.
"Senanglah cakap, Bie dah jemput kawan-kawan tau! Diaorang sanggup dari Johor nak naik ke Penang, yang dari KL pun nak join sekali."
"Tak pun kalau susah sangat, Nie tak ikut." Rambut yang mengurai ditiup angin diselak ke tepi.
"Nie orang penting, mana boleh! Nie nak suruh Bie buat apa lagi, nak suruh Bie merayu?!" Suara aku sudah sampai ke puncaknya.
"Bie tak payah buat apa-apa. Sekarang Nie tak boleh nak ikut, Bie kena hormat dan terima kalau Bie sayang kat Nie. Nie tak sukalah Bie macam ni, paksa-paksa." Tas tangan dicapai dan mula ingin beredar.
Aku pantas memaut lengannya.

"Nie pandang muka Bie ni. Bagitahu apa sebab yang penting sangat tu sampai tak boleh ikut. Pasal cuti? Takkan si Johari buntal tu tak lepaskan Nie? Biar Bie jumpa dia." Mata bundarnya aku tatap tajam.

"Suka nak cakap Johari macam tu. Tak elok la." Dengan sekuat tenaga, lengannya dilepaskan dari genggaman aku.
"Yang Nie nak backup dia kenapa? Ada scandal, ha?" Mata ku besarkan tepat dihadapan mukanya.
"Tak payah nak menjengilkan mata Bie yang sepet tu, buruk je muka." Tanpa memperdulikan pertanyaan aku, dia melangkah pergi.
"Ei, jawablah orang tanya ni?!!" Aku memekik macam orang gila di situ. Nie sudah jauh 2 meter dari tempat aku berdiri.
"Ha, memang pun ada scandal!" Jawapan ringkas Nie sayup sampai ke cuping telinga aku lantas membuatkan aku makin panas.
Itulah hari terakhir aku jumpa Nie, kekasih hati yang bertakhta sudah hampir 5 tahun. Kami mula bercinta sejak tahun pertama di universiti. Aku melamar cinta Nie di hadapannya waktu aku menjuarai pertandingan futsal bersama rakan-rakan lain. Selepas saja pertandingan yang turut disaksikan oleh Nie itu, aku menghampirinya dengan tangan erat memegang sebotol air mineral.
"Azyani, saya sukakan awak. Saya nak awak jadi awek saya. Kalau awak sudi terima, awak ambillah air mineral ni dari tangan saya." Aku lantas menghulurkan botol itu kepadanya.

Lima saat berlalu, botol mineral itu disambut olehnya dengan senyuman. Aku bagai hendak menjerit tapi hanya dalam hati. Senyuman Nie aku balas dengan renungan ke dalam matanya. Itu kisah bermulanya cinta kami yang kini tinggal kenangan. Adakah Nie masih ingat saat manis tu?
Aku memang tahu si Johari buntal tu ada hati dekat Nie sejak final year di universiti dulu. Tapi tak sangka pula dia sanggup ikut Nie sampai ke tempat kerja sekarang ni. Lebih malang lagi Nie kerja kat company bapa Johari dan Johari la yang jadi bos besar kat situ. Aku dari dulu lagi suruh Nie berhenti tapi degil sangat perempuan tu, alasan sebab dia minat sangat advertising. Macam tak ada company lain. Aku sendiri dah offer diri nak carikan dia kerja lain, tapi tetap keras kepala sampai aku naik fed up, aku makan hati je sampai sekarang. Entah-entah si Johari tu dah "manderm"kan awek aku tu? Agrh, mengarut je aku ni.

Siapa yang tahu betapa aku frust sebenarnya aku sejak pergaduhan besar tu, sebabnya bukan semata-mata aku berpisah dengan Nie tapi segala rancangan dan usaha aku telah gagal sama sekali. Duit aku pun dah banyak habis untuk plan aku yang tak menjadi tu. Mana tidaknya, percutian tu sempena nak celebrate ulangtahun kami couple selama 5 tahun. Dan pada tarikh tu juga aku nak melamar Nie sebagai permaisuri hati aku buat selama-lamanya. Tanpa pengetahuan Nie, aku dah minta tolong kawan-kawan aku yang juga kawan-kawan Nie di universiti dulu sama-sama bantu aku dalam rancangan aku ni. Tapi akhirnya berkecai macam tu je. Mungkin silap aku juga tak berterus-terang sampai sekarang ni dan Nie pun ingat majlis yang kami nak pergi tu sekadar parti reunion biasa.

Tiba-tiba satu malam tu, aku balik dari kerja dalam keadaan penat teramat sangat. Selalunya bila masuk je bilik, aku terus campak badan ke atas katil. Tapi malam tu, bila aku nampak je kotak kat tepi sudut bilik aku tu, aku tergerak hati nak usik dan buka balutan kotak tu. Mungkin juga sebab dah sebulan lebih kotak tu tersadai kat situ tak terusik. Bila aku buka je kotak tu, tak ada apa-apa selain sebuah kotak kecil di dalamnya. Dalam kotak tu ada sebotol air mineral yang masih ada separuh air di dalamnya.

Bila aku pegang dan tengok botol tu, baru aku teringat itulah botol air mineral yang aku bagi pada Nie masa nak couple dengan dia 5 tahun lepas. Rupanya separuh dari air mineral tu Nie dah minum dan tinggal separuh lagi, untuk aku ke? Aku keluarkan secebis kertas warna ungu dari kotak kecil tu. Tertulis di atasnya "Bie minum air ni kalau sayangkan Nie." Sebaris ayat yang ringkas tu betul-betul menyentuh hati aku. Bukan saja menyentuh tapi mungkin juga boleh membunuh aku. Apa tidaknya, air mineral tu dah expired dua tahun lepas, dia nak suruh aku minum?
Air mineral yang separuh dah diminum tu, entah-entah 5 tahun lepas dah masuk dalam perut dia. Aku pula nak kena minum yang lagi separuh ni. Kerja gila ni. Malam tu, aku memang tak lena tidur. Biarlah, esok tidur kat ofis la jawabnya. Patutlah pun dia senyap je, rupanya nak kenakan aku. Nak balas dendam. Nasiblah dapat awek macam dia. Selepas aku berkira-kira dan selesai membuat calculation, dengan separuh rela aku pun ambil keputusan untuk minum air tu. Demi cinta aku untuk Nie.

Bila aku cerita pada kawan-kawan, ada juga diaorang bagi idea bernas sama ada aku buang air tu dan gantikan air baru, ataupun aku masak air tu dulu baru aku minum. Memang aku ada pilihan untuk bohong pada Nie tapi aku ambil pilihan untuk jujur padanya dan pada diri sendiri juga kerana aku ikhlas mencintai Nie. Lalu aku pun sms Nie dan beritahu aku nak jumpa dia petang esok dekat padang futsal Kompleks Sukan Syahbandar, tempat mula-mula botol mineral tu diterima oleh Nie.

Dalam hujan lebat, aku redah juga. Tali leher ku cabut dan aku selitkan dalam saku kemeja, kaki seluar ku lipat hingga menampakkan separuh betis. Memang selekeh habis aku waktu tu asal dapat membuktikan cinta aku yang buta ni. Bila aku sampai, Nie sudah sedia menanti. Dengan wajah selamba, dia berkata "Bie nak apa jumpa kat sini? Jauh-jauh ni nak jumpa, menyusahkan orang!" Tak ada perasaan ke perempuan ni?
Hati aku memang dah terasa sakit waktu tu tapi aku bersabar kerana itu mungkin satu ujian untuk aku. Aku tanpa sepatah kata, membuka tutup botol air mineral tu lantas meneguk air mineral hingga botol tu kosong. Nie kelihatan tergamam sedikit tapi cepat-cepat dia sembunyikan reaksinya itu dengan wajah seperti tiada perasaan. Aku tutup semula botol tu dan ku hulurkan kepadanya. "Bie sayang Nie" aku ucapkan pada Nie dan botol di tangan disambut olehnya. Aku mula mengesan perubahan wajah Nie yang seperti mahu menangis tapi cepat-cepat aku beredar meninggalkan Nie keseorangan di situ melayan perasaannya. Kejamkah aku?

Dua hari sudah aku terlantar di katil hospital akibat cirit-birit yang teruk kesan dari tindakan bodoh aku meminum air mineral yang dah expired dua tahun tu. Barulah Nie hadir melawat aku dengan sejambak bunga dan sebakul buah-buahan tempatan. Baru seminit Nie melabuhkan punggung di sisi aku, belum sempat pun kerusi tu panas, pipi Nie sudah disimbahi air matanya yang suam-suam kuku tu. Aku mulanya hampir nak tergelak tengok muka Nie yang beria-ia menangis tapi aku tahan juga sebab dalam hati aku pun tersembunyi perasaan sayu bila persengketaan kami akhirnya berakhir di sini, biarpun aku terpaksa menahan sakit dengan jangkitan mikrob yang membiak dalam air mineral tu.
Selepas seminggu lebih terlantar di hospital, barulah aku sembuh sepenuhnya. Itupun dengan jagaan jururawat istimewa tak terlatih, Nurul Azyani. Atas arahan gilanya jugalah dia terpaksa menjaga aku.

"Itulah, kejam sangat suruh Bie minum air tu. Bie dah sakit, Nie kenalah jaga." Aku ketawa.
"Eleh, boleh je kalau Bie tukar air tu dengan air yang lain. Nie tetap terima Bie." Nie ketawa mengiringi aku di sisinya.
"Eee...kejam!" Pipi kanan Nie ku cubit.
"Air mineral ni macam Nie. Bila Bie hauskan cinta, Nie hilangkan kehausan tu dengan cinta Nie." Aku merangkul pinggang Nie yang kini sudah sah bergelar permaisuri hatiku buat selama-lamanya setelah Nie menerima lamaran aku di hospital dan kami selamat dinikahkan di perkarangan Kompleks Sukan Syahbandar.
-TAMAT-
Share this article :

+ Pengkritik + 4 Pengkritik

Anonymous
April 19, 2010 at 12:52 AM

arghhh so sweet....
ish best nye..nk jugak...

April 19, 2010 at 12:54 AM

hehehe..sweet gler kan??
jeles tgk diaowg :D

April 20, 2010 at 12:59 PM

hmmm!~ hafiz sng0p min0m x?? hahaha!~ btw, nice stories.. mengancam!.. X'DD

April 20, 2010 at 1:20 PM

hehe..
klu sy..
mmg snggup taww :P

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog Anda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger