Home » » Info : Penawar Penyakit Gaut

Info : Penawar Penyakit Gaut


Rawatan peringkat pertama untuk serangan akut harus merupakan untuk melegakan kesakitan. Sebaik sahaja diagnosis disahkan, drug-drug pilihan ialah indometasin dan drug-drug anti keradangan bukan steriod (NSAID) yang lain, atau glukokortikoid intraartikular yang diberikan melalui suntikan sendi.

Pada satu-satu masa, kolkisin adalah drug pilihan untuk serangan-serangan gout yang akut. Drug ini mengurangkan keupayaan granulosit untuk bergerak dan boleh menghalang fenomena keradangan yang memulakan serangan gout. Kolkisin harus dimakan dalam tempoh 12 jam pertama dari permulaan serangan dan biasanya akan melegakan kesakitan dalam tempoh 48 jam. Kesan sampingan utamanya ialah gangguan gastrousus. NSAID kini merupakan bentuk analgesia yang diutamakan untuk pesakit-pesakit gout.

Sebelum bantuan perubatan dapat diperoleh, sesetengah ubat yang dijual di kedai farmasi boleh memberikan kelegaan sementara untuk kesakitan dan bengkak. NSAID seperti ibuprofen boleh mengurangkan sedikit kesakitan dan keradangan, tetapi aspirin harus dielakkan kerana drug ini boleh memburukkan lagi keadaan itu. Salap buasir sediaan H boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak secara sementara. Untuk jangka panjang, rawatan perubatan profesional diperlukan.

Rawatan jangka panjang (untuk serangan-serangan yang kerap) ialah terapi antihiperurisemia. Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan.

Salah satu ubat semula jadi yang kuat ialah ekstrak buah beri yang terdiri daripada bilberi, beri biru atau ceri. Bahan-bahan antosianida yang memberikan warna biru dan unggu kepada beri-beri tersebut menjadi bahan anti radang selepas memasuki badan. Ini mungkin merupakan pilihan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit transplan (pemindahan organ) yang sering menghidap gout, disebabkan pertambahan ketoksikan dan bebanan pada ginjal yang diakibatkan oleh ubat penindas keimunan.

Bagaimanapun, bahan utama untuk pendekatan ini ialah drug alopurinol yang merupakan satu perencat oksidase xantina yang mengurangkan penghasilan asik urik secara langsung. Walaupun demikian, rawatan alopurinol harus tidak dimulakan semasa serangan gout kerana ubat ini boleh memburukkan lagi serangan tersebut. Tetapi seorang pesakit yang telah menerima rawatan alopurinol sebelum serangan harus meneruskannya.

Rawatan Tradisional
1.)Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.
2.)Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

Cadangan untuk melegakan kesakitan
Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian.

Pendekatan yang biasa untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik (punca penyakit gout) dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan (pek air suam).

Bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog Anda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger