Latest Post

Budak-Budak Sekarang Dah Manja


Sekitar tahun 1980-an, ibu-bapa sangat senang hati dengan hidup. Walaupun tidak bekerja tinggi dan kaya raya, namun hasil yang diperolehi cukup malah lebih untuk menampung hidup sekeluarga. Bila anak-anak bermain diluar ibu-bapa tidak bimbang kerana mereka tidak perlu bimbang kemana anak-anak pergi, paling jauh pun ke kampung sebelah. Anak-anak sangat memahami ibu-bapa, tidak pula suka meminta-minta dan tidak ada pula sikap saling nak mendahului antara rakan.



Pergi sekolah hanya berjalan kaki saja, ada sesetengah yang menaiki basikal. Yang beruntung ada motor, bapa pergi dan ambil. Zaman itu bas sekolah, belum ada, motor pula hanya orang yang berharta lebih sikit dapatlah guna, nak pergi sekolah kena jalan sejauh 20km, redah hutan, hujan, lecak, panas terik dan sebagainya. Budak-budak pergi sekolah pukul 4.30 dah bangun. Tapi orang dulu tetap gembira. Zaman sekarang?, boleh digelar zaman manja.


Budak-budak sekarang dah manja. Ibu-bapa sering saja pening kepala, duit cukup dan berharta pun tak guna, sebab semua dihabiskan anak-anak yang manja. Hujan lebat sikit dah sambung tidur lena, sebab dah tau tak boleh sekolah nak buat macamana?. Padahal sekolah sekangkang kera sahaja. Tambahan pula ada motor dan kereta, jadi budak-budak ni sebenarnya mengada-ngada.

Budak-budak sekarang dah manja, tengok kawan lain pakai henpon dia pun nak guna, ditanya ayah kamu nak buat apa?, lalu dijawab senang nak telefon kalau ada apa-apa. Dibeli si ayah henpon nokia biasa, ditolaknya si anak sebab nak yang berkamera. Ditanya lagi siayah kau nak telefon ke nak buat apa?, dijawab si anak nanti malu dengan kawan-kawan yang lagi canggih darinya

Budak-budak sekarang dah manja, kena tegur sikit muka dah masam mencuka. Tarik hidung tarik muka sampai ke besok lusa, sebab ayah lambat ambil kat sekolah je halnya

Review : Sini Ada Hantu




Salam Semua. hahaha. harini. 2x sy update blog..Pagi tadi. entry lain. so, skrang entry lain pula. ada mcm2 citer nak story nih. hehehe. tgk kpada readers yang still sudi baca entry2 sy ni k? :). teruskan follow ! hehehe.

Oke, Harini tidak tahu buat ape2. so, ajak adik yg paling bongsu pg Mines. Mmg dah rumah niat nak pg mines tok tgk wayang. So, movie yang sy decide tok tgk harini ialah citer Disini ada Hantu . Dengar tajuk je pun dah mcm seram kan? hehe. well. nanti sy review filem ni k? ( Movie Addict ).

Setibanya disana ( cewah ). Adik ajak p makan. tidak mengalah. nak mcd je. hahaha. xpe. dia punya pasal. sy turutkan. hehehe. Nampak je kecik. order kemain. " Along, nak double chese burger ". OMG. haha. tidak padan dengan kecik, dah order mcm org besar. sib baik ape yg dia order tu. habis dia makan. hehehe..

Lepas Makan, kitaowg jalan2 dlu. sbb nak tnggu showtime yang akan bermula Pada pukul 2.20 petang. Jalan punya jalan, Singgah laa kedai game. layan game dlu. Daytona. Xle blah btul. adik ckp " Along boleh laa menang. sbb kaki adik pendek. mana sampai " hahaha. walhal dah gerakkan kedepan kusi tu. dia xpandai kawal sangat. biasa laa bebudak. hehehe..

Sedar tidak sedar. dah nak mula Showtime tu. So, Dah amik tempat sume. citer pun Bemula.. And bermulalaaa review sy tentang Citer Sini ada hantu ni..hehe..Ape yg sy komen ni. berdasarkan Penilaian sy, Bak kata orng " LAIN ORANG, LAIN CITARASA ". Tidak begitu? hehehe..

OK, 1st skali citer pasal Hantu Pokok Pisang. Setelah sedia maklum. mmg mengikut kepercayaan org kita. ada hantu pokok pisang. Jalan citer dalam skeksa ini. mcm slow. sbb ape. citer babak ni mcm xda klimaks. tp, ok laa.sbb mekup yang hantu tu menjadi. kurang rasa seram. sbb mayb persekitaran rumah tu kurang menyeramkan. pelakon pn mcm kurang menjiwai watak yang marah , takut.

2nd. Citer hantu cina mintak nombor. yang ni, pada sy, ok sikit dari citer yg 1st.. tapikan, hantu cina mmg putih melepak ke? da mcm ju-on dah. hehe. ape2pn. mmg ada unsur2 seram dalam kisah ini. pemilihan pelakon yang baik, serta jalan citer yang ada klimaks.

3rd. Citer hantu jepun. yg ni biasa kita dengar kalo dok asrama kan? so, wo wonder laa ada benda tu. hehehe. Ok, ape yg bezanya. hantu dia mcm ada kesan " CGI ". means. mcm bayang2. mcm roh. Kagum dgn kelainan yang cuba pengarah buat. hehe.

Whole of story, citer ni kalo ikutkan. 70% lawak dari seram. 30% je seram2.


Rating Sy : 4/10

P/s : Ni hanya review sy, bkn nak buruk2kan movie ni ke ape ke? setiap org ada pandangan masing2 kan? Selamat Menonton

Tips Untuk Saiko Orang?

Assalammualaikum, mcm mana harian korang? hope best laa ea? hehehe. bkn ape. kalo tak best. cuba cari aktiviti2 yang best. mcm Joging Tengah malam ke. Makan Megi tomyam + Air Limau Ais ke or men laa gedget2 mcm ps2 ke. paling2 pn. men DAM HAJI kan best jugak tu kan? hahhaa

Ok, berbalik pada tajuk entry yang asal SAIKO ORANG?. Ape ea SAIKO tu? kalo ikutkan dalam bahasa Jepun ialah GILA. Tapi dalam istilah2 kita, Bermaksud Mempengaruh orang . ( tak sure betul ke tak maksud tu, lain org, lain kefahaman ). Sy bgtahu berdasarkan Kefahaman sy k?

Saiko Orang?. Ada org ckp. ia satu kelebihan..Tp, bg sy. ia boleh belajar.ada org mmg dah ada skill tu semula jadi.Tu kira kelebihan :). Saiko ni kadang2 berguna jugak. Contoh nak korek rahsia ke. nak bg dia mengaku ke. or ape2 je. yg boleh mempengaruh org yang disaiko tu.

Menarik Bukan?

Ok, ni sy bg tips sikit mcm mana nak saiko Orang ( Tp, ni untuk Korek Masalah kawan kita. Tp boleh guna untuk tujuan lain k? )

1) Mula-mula, borak2 biasa je dgn Suspek. Sembang laa ape2 ( kalo boleh, bia berdua je kalo nak saiko orang. kalo ramai2. susah sikit. sbb kita kita layan ramai org. kalo sorang. just focus on suspek je.
2) Tanya Kenapa kebelakangan ni. dia nampak mcm pelik, suram, gembira, or etc.
3) Mulakan Topik, mula2 try mintak dia story dia pnya problem. Kalau dia xnak cerita. Time ni laa kita nak guna SAIKO tok bg dia cerita.
4) Penyaiko Kena banyak idea. kena putar belit setiap kata2. kadang boleh terjerat kat suspek and dia boleh bgtahu :)
5) Kalo masih dia xnak citer. kita slowtalk. Cuba pusing2 ayat, soklan yang membawa maksud yang sama.
6) Bg komitmen dgn penuh perasaan, pujuk dia soh bgtahu. tp jgn memaksa.
7) Try balik mcm No 5, mayb dia dah boleh bgtahu.

Kita kalo nak korek rahsia kawan kita, or etc, point dia. kita kena bg dia trust kita dlu. bkn senang, org nak citer problem dia kalo org tu xkenal. So, kalo kawan rapat, boleh laa try :)

P/S : InsyaAllah Berkesan, sy pn guna tips yang sama, and berkongsi untuk korang. Selamat Mencuba :)

Filem Kongsi

Sinopsis Filem Kongsi: Lu Langsi, Lu Mati




Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.

P/s : Citer ni akan ditayangkan pada 12.05.2011 tak sabar na tgk !
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog Anda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger