Home » » Kajang Banjir : Yang terburuk dalam tempoh 5 tahun ( 2/12/2012 )

Kajang Banjir : Yang terburuk dalam tempoh 5 tahun ( 2/12/2012 )



Salam semua, haa.. harini nak story satu isu best !! bukan laa best sgt. tapi. sebagai org kajang, ini antara perkara yg berlaku pada hari ni ! Mungkin Korang tak jangka bandar kajang akan ditenggelami air. Sbb Sebelum ni pn, hanya banjir biasa. Tidak seteruk hari ini. ( Untuk lebih penjelasan, tgk video youtube tu k? )



Bukan Nak Komen ape. cuma, terkilan. kenapa Bandar Yang boleh dikatakan " MODEN " boleh ditenggelami air? Mungkin korang semua pn pelik? Setelah Membuat Sedikit Kaji selidik. saya senaraikan antara Punca-punca banjir kilat yang berlaku pada hari ini. Mungkin ada yang betul. Mungkin ada yang salah. Ape2 pn. jom kita Renungkan :).

  1. Sistem Perparitan Gagal ? - Bagi saya, Setiap bandar mungkin dah kaji dalam beberapa faktor, antaranya isu banjir. system perparitan gagal disebabkan oleh manusia yang tidak mempunyai akal fikiran. Sebab, buang sampah merata2. bukan dalam tong sampah. sbb tu sistem perparitan boleh tersumbat. Betul tak? ( Masalah Yang Paling Utama )
  2. Akibat Hujan Yang Berterusan ? - Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti selama beberapa jam akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Air yang memenuhi sungai akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
  3. Hakisan Sungai Yang Kerap Berlaku ? - Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai tersebut tidak dapat megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

Masalah banjir kilat yang sering melanda bandar pula adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang sempurna. Parit yang dibina terlalu kecil dan cetek serta sering tersumbat. Apabila berlaku hujan lebat parit tersebut tidak dapat menampung sejumlah air yang banyak, maka air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku secara semula jadi dan membawa rahmat kepada manusia, tetapi jika kita tidak mengambil lankgah-langkah untuk memelihara kelangsungan alam serta tidak melakukan aktiviti pembangunan dengan terancang, maka masalah banjir kilat akan betrerusan.


P/s : Jagalah Sungai kita !
Share this article :

+ Pengkritik + 1 Pengkritik

December 2, 2011 at 8:47 PM

amirul hafiz silalah jaga bandar anda :)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog Anda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger